28 April 2019 - 17:26
A.S Dan Sekutu Cuba Semarakkan Keganasan Di Rantau Timur Tengah

Pengerusi Parlimen Iran berkata bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha menyemarakkan semula keganasan di rantau Timur Tengah melalui campurtangan politik dan dengan bantuan negara-negara sekutunya di kawasan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengerusi Parlimen Iran berkata bahawa Amerika Syarikat sedang berusaha menyemarakkan semula keganasan di rantau Timur Tengah melalui campurtangan politik dan dengan bantuan negara-negara sekutunya di kawasan itu.

Terdapat banyak contoh "campur tangan" Amerika di rantau ini, kata Ali Larijani semasa ucapan di sebuah persidangan antarabangsa bertajuk "Masa Depan Dunia Islam di Ufuk 2035," di Tehran pada hari Ahad semalam

Larijani berkata bahawa tindakan A.S setakat ini -melalui kerjasama dengan negara serantau- dalam rangka untuk menyebarkan keganasan di Timur Tengah telahpun menimbulkan pelbagai "kerumitan dalaman" di sesetengah negara dan dalam masa yang sama menggugat ekonomi mereka.

Iran, bagaimanapun, "tidak pernah memiliki polisi pencerobohan terhadap mana-mana negara di dalam agendanya," kata Larijani.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa Tehran juga tidak mengambil dasar balas dendam terhadap mereka yang melakukan pencerobohan bahkan giat mencari peluang untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak "yang telahpun menyedari kesilapan mereka."

Beliau menyebut Arab Saudi sebagai contoh. Menurutnya Riyadh pernah aktif membantu bekas diktator Iraq Saddam Hussein semasa perang Iran-Iraq.

Sokongan seperti itu, menurut Larijani telah merugikan kerajaan beraja itu sendiri seperti yang diakui oleh seorang pegawai Saudi sendiri setelah melihat Iraq di bawah Saddam Hussein kemudiannya berpaling arah dengan melancarkan serangan terhadap Kuwait dan beberapa wilayah Arab Saudi. -Press TV